Wednesday, November 4, 2009

Info/FAQ Pendang MTB

Pihak MDP mengalu-alukan sebarang bantuan dari segi hebahan, sukarelawan, cadangan dan komen dari anda semua. disini juga disertakan beberapa info.

- Yuran penyertaan ialah RM45.

- Tarikh tutup penyertaan dipanjangkan sehingga hari pelepasan peserta

- Jarak Aktiviti 40km

- Goodies seperti T-shirt Pendang Jamboree 2009 akan diedarkan kepada setiap peserta

- Bagi ketegori Veteran, umur mestilah 45 tahun dan keatas

- Senarai Perserta Pendang Jamboree 2009 klik di Sini

- Info untuk laluan acara Pendang MTB boleh klik di Sini

- Info Untuk Pecahan Hadiah-Hadiah, sila klik di Sini

- Info Peta Pendang Jamboree 2009, sila klik di Sini

- Info penginapan di pendang, sila klik di Sini

- Cabutan bertuah disediakan bagi peserta Pendang MTB, cabutan bertuah adalah berupa hamper

- Terdapat 5 Pit Stop di sepanjang acara ini. minuman Isotonik dan pisang akan diberikan di Pit Stop tersebut

- Pihak penganjur juga menyediakan makan tengah hari.

- Kordinat GPS tapak permulaan - N5 59 23.3 E100 37 39.5

Pihak Majlis Daerah Pendang juga ingin memaklumkan bahawa ini adalah acara MountainBike yang pertama dianjurkan oleh Majlis Daerah Pendang dan berhasrat menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi Daerah Pendang. Justeru itu, pihak Majlis daerah pendang amat mengalu-alukan sokongan dari pihak Tuan/Puan bagi menjayakan acara Pendang Jamboree ini.
segala cadangan, aduan dan komen boleh di emel kepada pendangmtb@mdpendang.gov.my



Penginapan


Info Laluan Jamboree


Info & Hadiah



Senarai Peserta Pendang Jamboree

Peta Pendang Jamboree

Cadangan & Komen

0 comments:

Post a Comment